APA ITU KAUNSELING
MAKSUD KAUNSELING
Kaunseling berasal daripada perkataan bahasa
Inggeris "counselling" yang boleh difahami oleh semua orang, tetapi
mereka mungkin memahaminya dalam pergertian yang berbeza. Dalam pengertian yang
luas, sebenarnya setiap orang terlibat dalam aktiviti kaunseling baik secara
langsung atau tidak langsung, terutamanya ibu bapa, guru, pemimpin agama,
peguam, doktor, jururawat dan juga semua yang terlibat dengan proses mendidik
dan kebajikan masyarakat.Kaunseling bukanlah perkara baru malah manusia selalu
melakukan aktiviti rundingcara sesama mereka. Kaunseling merupakan kebolehan
seseorang menolong orang lain untuk mengatasi masalah dan mencapai
kesejahteraan hidup di dunia. Apa yang ketara kaunseling merupakan alat asas
bagi kebanyakan profesional. Secara amnya dapat dikatakan bahawa konsep
kaunseling diamalkan di dalam bidang pendidikan, perubatan, agama,
kemasyarakatan, pemulihan, perkahwinan dan keluarga.Kaunseling sebagai satu
profesion mempunyai asas yang saintifik dan objektif daripada bidang psikologi,
sosiologi, psikiatri, antropologi dan falsafah. Ia tumbuh dan berkembang hasil
daripada dapatan penyelidikan tentang perkembangan sahsiah manusia serta
teori-teori pembelajaran. Di samping itu, ia juga berkembang daripada situasi,
faktor atau keadaan yang kurang saintifik dan kurang objektif. Ini berdasarkan
kepada kepercayaan:v Bahawa setiap individu dapat menentukan matlamat
hidupnya dan memberi makna kepada kehidupan masing-masing. v Mengakui
hakikat bahawa hidup ini penuh dengan cabaran dan manusia bertanggungjawab
terhadap arah kehidupan masing-masing. Kaunseling merupakan proses bersemuka di
antara kaunselor dan klien, iaitu orang yang meminta pertolongan sama ada
datang sendiri ataupun dirujuk. Tujuan pertemuan itu adalah untuk mencari
alternatif yang paling sesuai bagi klien membuat keputusan menyelesaikan
masalah dirinya, di samping mengetahui baik buruk dan kekangan yang akan
dihadapi oleh klien atas keputusannya itu. Kaunseling adalah proses
interaksi yang membolehkan individu memahami diri dan situasinya. Proses ini
akan mengakibatkan pembentukan atau penjelasan matlamat dan nilai hidup
individu itu hingga dia dapat menentukan tindakan yang wajar untuk masa
depannya. Kaunseling juga ialah proses pertemuan interaksi bersemuka antara
seorang kaunselor dengan klien yang mengakibatkan berlaku perubahan pada klien.Kaunseling
bukanlah bertujuan untuk menolong klien menyesuaikan diri dengan masyarakat,
tetapi ia menolong klien memahami dirinya yang sebenar – apa kelebihan dan
kekurangannya; apa yang boleh dilakukan dengan mudah; apa yang boleh dilakukan
tetapi menghadapi masalah dan apa yang tidak boleh dilakukannya langsung. Kaunseling
dirujuk sebagai proses apabila seorang klien diberi peluang untuk meneroka
aspek diri dan kehidupan yang menimbulkan kesusahan atau masalah baginya.
Penerokaan ini akan menimbulkan kesedaran tentang diri dan situasinya serta
pilihan-pilihan yang ada padanya. Proses ini diharap akan dapat menolong klien
itu mengesan halangan-halangan dan mengenal pasti bakat atau kebolehannya untuk
hidup dengan lebih sempurna.Kesimpulannya, kaunseling merupakan proses
pertolongan. Melalui proses ini, klien dibimbing membuat keputusan sendiri.
Asas bagi proses ini ialah perhubungan antara kaunselor dengan klien atas dasar
bahawa kesan perhubungan itu akan menyebabkan klien berubah.